Lawatan Adun Titi Serong
14 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniADUN Titi Serong, iaitu YB Hasnul Zulkarnain bin Abd. Munaim telah melapangkan masanya untuk hadir melawat Pusat Internet Titi Serong di Kampung Titi Serong, Parit Buntar. Beberapa petugas Pusat Internet dari cluster Kerian dan juga Taiping telah hadir untuk menyambut beliau. Tujuannya kehadiran beliau adalah untuk melihat sendiri kemudahan, fungsi dan juga aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Pusat Internet sebagai sebuah pusat ICT yang bermanfaat untuk komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: